Singa In Disguise: Puasa

Puasa

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa : menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Hukum – Hukum Puasa :
a)  Wajib
b)  Sunat
c)  Makruh
d)  Haram                                                                                                                                 

Puasa wajib : Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan, puasa kifarah dan puasa nazar.


Puasa Sunat :
a) Puasa dalam bulan Sya’ban
b) Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
c) Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
d) Puasa Hari Tasu'a dan 'Asyura pada 9 dan 10 Muharam
f) Puasa pada hari Isnin dan Khamis
g) Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13, 14 dan 15
h) Puasa satu hari berbuka satu hari
i) Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
j) Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab

Puasa Makruh :

a)  Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja, Sabtu dan Ahad sahaja
b)  Berpuasa sepanjang tahun

Puasa Haram :

a)  Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
b)  Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
c)  Puasa pada hari raya aidil fitri, hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
d)  Puasa perempuan haid dan Nifas
e)  Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa 

Syarat-syarat Puasa Terbahagi kepada 2 :

1)  Syarat-syarat wajib puasa :
a)  Islam
b)  baligh
c)  berakal
d)  berupaya(sihat)
e)  bermukim

2) Syarat-syarat sah puasa :
a)  Islam
b)  Berakal
c)  Bersih daripada haid dan Nifas sepanjang hari
d)  Niat

Rukun Puasa :
a)  Niat
b)  Menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya 

Masa Puasa : Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Faedah Puasa :

a)  Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
b)  Mendidik nafsu dan jiwa kearah kebaikan
c)  Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
d)  Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
e)  Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
f)  Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
g)  Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
f)  Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia


Amalan sunat ketika puasa :
a)  Makan Sahur serta melambatkannya
b)  Menyegerakan berbuka puasa dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
c)  Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
d)  Mandi junub, haid dan nifas sebelum fajar
e)  Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
f)  Membaca Al-Quran
g)  Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

Perkara makruh ketika berpuasa :
a)  Berbekam
b)  Mengeluarkan darah
c)  Berkucup
d)  Merasa makanan
e)  Bersugi selepas gelincir matahari
f)  Mencium wangian

Perkara yang membatalkan puasa :
a)  Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b)  Makan dan minum sepanjang hari
c)  Muntah dengan sengaja
d)  Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e)  Keluar darah haid dan nifas
f)  Gila
g)  Pitam atau mabuk sepanjang hari
h)  Murtad

Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa :
a)  Musafir
b)  Sakit
c)  Mengandung dan Ibu yang menyusukan anak
d)  Tua

No comments:

Post a Comment

Copyright and all reserved belong to aisyahISMail