oke.. lets make it simple kaly ni eh?
1)banyak gile
kategori ni merupakan tanda-tanda awal dijangkiti penyakit gile.
khususnya menjangkiti diperingkat remaja dizaman persekolahan. jika tidak dirawat mungkin akan merebak ke zaman universiti malah ketika kerja nanti.
eg: homework kitaorg banyak gile bhai! malas nak buat tahu?
2)tension gile
kategori ni selalunya diperingkat kedua. dimana dorang agak gagal kawal emosi tension dorang sehinggakan dorang rasa gile.
boleh dijangkiti semua. tiada had usia untuk gile peringkat kedua ni.
eg:aku jumpa klien tadi.. ya allah! perangai teruk betul! tension gile aku dibuatnya!
3)gile talak
kategori ni pulak diperingkat ketiga.
biasanya dijangkiti oleh para lelaki yang menceraikan isteri sewenang-wenangnya dengan talak tiga!
eg:muka jew hensem.. tapi.. gile talak rupanya!
4)gile kau
kategori ni pun maseh diperingkat ketiga.
tiada had umur. boleh menjangkiti sesiapa jew.
eg:#@$%!! tak bermoral punya orang! cakap macam #@**&^!! gile kau!
5)orang gile
ini adalah tahap gile yang paling maksimum.
tiada had umur. sesiapa saja boleh mencapai tahap gile ni. dr.meow tak dapat membantu. hanya kuasa allah yang boleh menyembuhkan sakit gile ditahap ini.
eg: kesian budak ni.. mak dengan ayah dia meninggal accident.. dia dah jadi macam orang gile dah..
notes: setiap butir biacaramu adalah doa wahai hamba allah.berkatalah yang baik-baik sahaja. berguraulah dengan bahasa yang sedap didengar.
bahasa yang tidak menyakitkan hati orang lain. janganlah kau bergurau sehingga melepasi garisan pemisah diantara jenaka dan sindiran. berkata-kata biar dikuasai akal fikiran bukan hati dan perasaan. jagalah pertuturanmu itu,oke!
kita akhiri dengan pantun yang baru terhasil dari akal mindaku yang kecil ini,,
kerana mulut badan binasa, kerana mulut mudah ke neraka.
No comments:
Post a Comment