Sekali dengar Abang Aaron Aziz dengan Hafiz Hamidun ada jayakan program ni sekali, huihhhh Terbang semangat sampai ke langit biru nun. Bahagia terkata kita.
Gambar ni Cah copy and paste dari FB Abang Hafiz Hamidun sendiri. Heheheeee Bukan rezeki Cah nak bergambar dengan diaorang, sebab masa jumpa tu Cah tengah mengisi perut, melahap ayam masak kurma. Haurm BTW Cah terdiam eh masa dengar deklamasi sajak by Abang Aaron Aziz tu. Wow. Mendalam maksud sajak tu.
Baris sajak ni yang masih terngia-ngia dekat tepi telinga Cah. Betul. Inilah kita yang sering menghukum tanpa neraca. Mendiskriminasi sesedap rasa. Atas titik noda manusia biasa. Ops Sorry, terkeluar sudah ayat sastera Cah kan Yelah, dah lama berbahasa gitu.Cukuplah Tuhan menghukum kami,Kerana kami menghukum diri sendiri,Jangan, janganlah manusia menghukum kami juga.
Bila fikir balik, serious Cah pernah betul-betul baca mengenai AIDS ni. Selalunya baca info kesihatan yang more to women disease and cancer je. Mungkin someday Cah try kongsikan pasal AIDS ni dengan readers semua. InsyaAllah.
Itu saja yang mampu Cah type buat masa ni. Hujan pula ha. Mata pun dah kuyu semacam. Dan katil seakan-akan menyeru nama Cah Marilah Mari lebih kurang macam tulah Cah translatekan bahasa katil tu. Hahahaaa Night cinta hati semua. Sleep tight.
bestnya dapat jumpa hafiz hamidun ye huhu :)
ReplyDeletebest sangat. Senyum satu hari macam buat iklan gigi rasanya. :p Rezeki.
Deletesalam..hai aisyah salam kenal..n follow sekali..:)
ReplyDeletehehe ada pic aaron aziz lah..
salam perkenalan juga. dan Cah dah follow back. Weeee~ :)
Delete