Singa In Disguise: Pilu dihatiku..

Pilu dihatiku..

...
Semalam kau masih ada disini..
Menegur aku lebih mesra dari selalu..
Menegur aku dengan nada suaramu yang lucu..
Semalam kau masih ada disini..
Masih menghadiahkan sekuntum senyuman untukku..
Masih membuatkan aku tersenyum melihatmu..
Hubungan kau dan aku, Cuma sahabat..
Namun, Nurul Huda Rosalan..
Hubungan sebagai sahabat tidak membataskan..
Rasa kasih dihatiku untukmu..
Rasa sayang dijiwaku untukmu..
Kerana kasih dan sayang ini telah merantaiku..
Untuk menidakkan hakikat kehilanganmu..
Pemergianmu bukanlah pengakhiran..
Tapi, permulaan untuk aku..
Lebih menghargai kenangan..
yang telah kau ciptakan untukku..
...
buat, arwah Nurul Huda Rosalan (22 April 2010)
aku yang terlewat menyatakan rasa dihatiku..

No comments:

Post a Comment

Copyright and all reserved belong to aisyahISMail